Diuruskan oleh ahli, untuk ahli
Sertai KamiPengenalan
Sekalor Adventure Club merupakan sebuah kelab rekreasi yang berfokuskan aktiviti pendakian dan pengembaraan. Kelab ini ditubuhkan pada bulan Oktober 2024 atas inisiatif pengasasnya, En. Najarrudin Musidi, bagi belia yang aktif dan berminat dalam sukan lasak.
Program kelab dirangka bagi menyediakan platform kepada ahli untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti fizikal sambil meneroka keindahan alam semula jadi. Aktiviti utama kelab ialah pendakian, sukan dan kerja amal.
Siapa Kami
Sekalor Adventure Club ialah kelab rekreasi yang berfokuskan aktiviti pendakian dan pengembaraan, ditubuhkan pada Oktober 2024 atas inisiatif En. Najarrudin Musidi untuk belia yang aktif dan meminati sukan lasak.
Misi Kami
Menginspirasi dan mempromosikan kegiatan luar dan pendakian dalam kalangan masyarakat, sambil memelihara keindahan alam dan kerjasama dalam kalangan ahli.
Visi Kami
Menjadikan kelab hiking terkemuka di Malaysia yang mempromosikan kegiatan luar yang selamat, menyeronokkan dan bertanggungjawab, sambil memelihara keindahan alam semula jadi untuk generasi akan datang.
Nilai Kami
Keselamatan, disiplin, semangat setiakawan, tanggungjawab terhadap alam sekitar, dan pembangunan diri melalui kepimpinan serta kerja berpasukan.
Sertai Kami Hari Ini
Pilih jenis keahlian yang sesuai untuk anda.
Sudah menjadi ahli? Log masuk di sini
Faedah yang Ahli Perolehi
Gaya Hidup Sihat dan Aktif
Menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti seperti hiking, pengembaraan dan bersukan.
Semangat Setiakawan
Mewujudkan semangat setiakawan dan kerjasama dalam kalangan ahli melalui aktiviti berkumpulan.
Keselamatan dan Persediaan
Mendidik ahli tentang kepentingan keselamatan, disiplin dan persediaan fizikal serta mental semasa menyertai aktiviti lasak.
Pemeliharaan Alam Sekitar
Memupuk kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar dan tanggungjawab sosial ketika beraktiviti di kawasan semula jadi.
Pengembangan Potensi Diri
Menjadi platform pengembangan potensi diri melalui kepimpinan, pengurusan program dan kerja berpasukan.
Jaringan Strategik
Menjalin hubungan strategik dengan agensi luar, NGO dan komuniti untuk memperkasa aktiviti kelab.
Jawatankuasa Kami
Hubungi Kami
Sedia untuk menyertai Sekalor Adventure Club?
Jadilah sebahagian daripada komuniti yang berkembang.